LOS ANGELES - Seorang lelaki Korea Selatan, Kim Byungsu dihukum penjara 24 bulan di Amerika Syarikat (AS) kerana cubaan mencuri satu tumbuhan yang bernilai ratusan ribu dolar pada Khamis.
Byungsu, 46, dijatuhkan hukuman tersebut oleh Hakim Daerah AS, George H. Wu yang turut memerintahkan dia membayar sebanyak AS$3,985 (RM16,713) sebagai ganti rugi kepada negeri California untuk perbelanjaan berkaitan penanaman semula tumbuhan yang dicuri itu.