Warga emas rentung, kedai perabot terbakar

Iklan
Anggota bomba sedang menjalankan kerja pemadaman dalam kebakaran melibatkan sebuah kedai perabot di Jalan 1, Kampung Cheras Baru, pada awal pagi Jumaat.

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas ditemui rentung dalam kebakaran melibatkan sebuah kedai perabot di Jalan 1, Kampung Cheras Baru di sini, pada awal pagi Jumaat.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Khairul Azmi Jaafar berkata, mangsa yang maut dipercayai pekerja kedai perabot berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kebakaran melibatkan sebuah kedai membuat barang-barang perabot dan terbakar 100 peratus. Semasa pemadaman anggota bomba mengalami kesukaran kerana arus elektrik yang mengalir namun kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.30 pagi dari merebak ke bangunan sebelah.

"Seramai tiga mangsa dipercayai terlibat dalam kejadian ini. Seorang mangsa berumur 60-an maut dan ditemui dalam keadaan rentung manakala dua mangsa yang cedera berumur 50-an. Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat..

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan pada jam 2.42 pagi berkaitan kejadian, seramai 37 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras, Bandar Tun Razak, BBP Sungai Besi dan BBP Hang Tuah ke lokasi kejadian.