PRN Johor: UMNO bincang dalam waktu terdekat

Iklan
Mahdzir - Foto Bernama

PORT DICKSON - UMNO akan mengadakan perbincangan lebih lanjut berhubung kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam waktu terdekat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkara yang penting ketika ini ialah waktu yang sesuai bagi mengadakan pilihan raya tersebut.

Iklan
Iklan

"Perbincangan lanjut itu belum lagi. Saya ingat dalam sehari dua ini.

"Bila nak buat pilihan raya ini, paling penting adalah masa. Saya tiada info berkenaan dengan masa itu, mereka di Johor yang ada," katanya ketika mengulas berkenaan kemungkinan PRN Johor.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Asas (BPBKA) Dewan Undangan Negeri Sri Tanjung Parlimen Port Dickson di sebuah dewan di sini pada Jumaat.

Ditanya sama ada UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan bertanding secara solo jika PRN diadakan di Johor, beliau berkata, keputusan mengenai perkara itu sudah ada namun enggan mengulas lanjut.

Iklan

Bagaimanapun katanya, perkara tersebut akan dimaklumkan apabila tiba masanya nanti.