PENJARING terbanyak Liga Jordan 2021, Ronald Ngah Wanja sah menjadi peledak utama Kedah Darul Aman (KDA) FC bagi membantu mencabar saingan Liga Malaysia dan Piala AFC pada musim ini.
Kehadiran penyerang berusia 30 tahun ini sebagai ayam tambatan pasukan dinantikan peminat skuad Hijau Kuning selepas maklumat berkaitannya telah tular, sejak kira-kira sebulan lalu.
Iklan
Iklan
Menurut KDA FC, Ronald muncul penjaring terbanyak liga tersebut dengan 15 gol pada musim lalu.
"Pemain ini berasal dari Tiko, Cameroon merupakan pemain penyerang yang banyak beraksi di kelab Timur Tengah Asia.
"Sebelum ini beliau bersama Al-Salt (Jordan) dan antara peledak berbahaya di Liga Jordan," katanya dalam satu kenyataan pada malam Khamis.
Dengan pengumuman tersebut, pasukan KDA FC mengisi slot pemain import kuota antarabangsa kedua dengan kehadiran Ronald.
Sebelum ini, Dechi Marcel N'guessan (Kuota Antarabangsa), Jang Suk-Won (Kuota Asia) dan Dennis Buschening (Kuota Asean) telah diumumkan sebagai tiga pemain import pasukan tersebut.