Lagi individu ditahan SPRM bantu kes penyata akaun bank palsu

Iklan
Suspek (dua, kanan) diiringi pegawai SPRM hadir di mahkamah bagi permohonan reman di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selama tujuh hari.

ALOR SETAR - Seorang bekas pembantu penguat kuasa dari sebuah agensi kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan penyata akaun bank syarikat mengandungi butiran palsu.

Menurut sumber, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan kira-kira jam 10.30 pagi Khamis, di Pejabat SPRM Kuala Lumpur ketika hadir memberi keterangan.

Iklan
Iklan

Kata sumber, Majistret Mohamad Farid Lateef membenarkan suspek direman selama tujuh hari bermula Jumaat sehingga 27 Januari depan selepas SPRM membuat permohonan berkenaan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pagi Jumaat.

"Suspek dipercayai menerima rasuah kira-kira RM20,000 setiap bulan selama tempoh 20 bulan sejak Julai 2019 sebagai dorongan untuk membantu meluluskan tender kontrak sebuah syarikat pembersihan di Kedah yang dianggarkan bernilai RM3.1 juta," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, SPRM kini sedang mendapatkan dokumen berkaitan, selain merakam kenyataan beberapa saksi dan tidak menolak kemungkinan ada lagi tangkapan pada masa terdekat.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Iklan

Pada 11 Januari lalu, seramai 21 individu ditahan SPRM manakala seorang lagi ditahan reman pada 16 Januari lalu bagi membantu siasatan kes sama.