HITAM boleh diibaratkan warna kesedihan dan harapan tidak tercapai - itu mungkin yang diluahkan bintang badminton nombor satu negara, Lee Zii Jia seolah-olah sedang 'berduka' berdasarkan gambar profil di laman sosial Facebook pemain berusia 23 tahun dari Alor Setar, Kedah tersebut.
Juara Seluruh England tersebut dipercayai menukar paparan di laman sosialnya selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Zii Jia tidak akan didaftarkan untuk sebarang kejohanan dalam tempoh dua tahun berkuatkuasa 18 Januari lalu.