[DIKEMASKINI] PENYANDANG juara Naomi Osaka tersingkir pada pusingan ketiga Terbuka Australia pada Jumaat dengan kekalahan 4-6, 6-3, 7-6 (10-5) kepada pemain ranking ke-60 dari Amerika Syarikat, Amanda Anisimova.
Untuk rekod, ini merupakan pertemuan pertama Osaka yang berstatus pemenang empat kali Grand Slam menentang Anisimova, yang berusia 20 tahun kelahiran New Jersey, tersebut.
Anisimova akan berdepan pemain nombor satu dunia dari Australia, Ash Barty dalam perebutan tempat slot suku akhir di Melbourne Park.