Letusan gunung berapi beri impak kepada alam sekitar

Iklan
Gambar satelit menunjukkan letusan dahsyat gunung berapi itu sehingga mencetuskan tsunami.

NUKU'ALOFA - Saintis yang mengkaji gambar satelit telah menyuarakan kebimbangan dan memberi amaran bahawa letusan besar-besaran gunung berapi di negara kepulauan Pasifik, Tonga mungkin akan memberi impak besar terhadap terumbu karang, menghakis pantai serta mengganggu ekosistem perikanan untuk tempoh jangka panjang.

Gunung berapi bawah laut, Hunga Tonga-Hunga Ha’apai yang meletus pada Sabtu lalu dan mencetuskan amaran tsunami di rantau Pasifik turut memberi kesan di seluruh dunia.

Iklan
Iklan

Kemas kini data rasmi kerajaan Tonga pada Selasa mengesahkan beberapa penduduk cedera, manakala tiga disahkan terkorban selepas hubungan komunikasi pada mulanya dilaporkan terputus.

Letusan berkenaan telah membebaskan sulfur oksida dan nitrogen oksida, dua gas yang menghasilkan hujan asid apabila bergabung dengan hujan dan oksigen di atmosfera.

Iklan
Penduduk tempatan dan pelancong bergegas mencari tempat perlindungan sementara ketika gunung berapi meletus baru-baru ini.

"Kemungkinan berlaku hujan asid di sekitar Tonga buat sementara waktu,” kata Shane, seorang pakar gunung berapi di Universiti Auckland kepada agensi Reuters.

Difahamkan, hujan asid akan merosakkan tanaman makanan ruji penduduk Tonga seperti taro, jagung, pisang dan sayur-sayuran.

Iklan

"Namun ia bergantung kepada berapa lama letusan berlaku, tahap keselamatan makanan mungkin terjejas sepanjang tempoh tersebut,” tambahnya.

Letusan gunung berapa bawah laut yang menyebabkan seluruh Tonga diselaputi debu tebal.

Foto satelit juga menunjukkan kepulan debu tebal menghala ke arah barat, di mana Tonga berkemungkinan terhindar daripada hujan asid.

Pejabat Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, Fiji telah memantau kualiti udara dan menasihatkan orang ramai menutup tangki air dan kekal berada di dalam rumah apabila berlaku hujan sebagai langkah berjaga-jaga. - AGENSI