Rugi RM5,500 terbeli motosikal tidak wujud

Iklan
Gambar hiasan

KUANTAN - Hasrat seorang penjaga stor sebuah syarikat kurier untuk memiliki sebuah motosikal lebur selepas tertipu dalam urusan pembelian kenderaan yang dipercayai tidak wujud itu pada Khamis lalu.

Mangsa berusia 26 tahun bukan sahaja gagal menerima motosikal jenis Yamaha Y125Z yang dibeli malah turut menanggung kerugian RM5,500.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berminat untuk memiliki motosikal tersebut selepas melihat iklan penjualannya melalui laman sosial Facebook.

Menurutnya, mangsa menghubungi penjual bernama Firdaus melalui nombor telefon yang tertera pada ilkan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang harga dan cara pembayaran.

Iklan

"Selepas berbincang, mangsa bersetuju untuk membeli motosikal itu dengan harga RM5,500 dan segera membuat pembayaran sebagai tanda jadi.

"Mangsa membuat bayaran sebanyak dua kali melalui mesin deposit tunai di cawangan sebuah bank di sini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Mohd Wazir berkata, selepas bayaran dibuat, mangsa menghubungi penjual namun lelaki itu gagal dihubungi.

"Mangsa curiga dan syak telah ditipu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan pada Jumaat dan kes dibuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.