Konvoi #RasuahBusters meriah di Taman Rasa Sayang

Iklan
Zulkifli melakukan gimik pelancaran Program Singgah Santun Konvoi #RasuahBusters dengan menyepak bola ke dalam lubang di Senawang pada Sabtu.

SENAWANG - Perkarangan Masjid Arraudhah Kariah Taman Rasa Sayang, dekat sini meriah apabila pelbagai aktiviti diadakan sempena siri jelajah Konvoi #RasuahBusters.

Kehadiran pasukan Rasuah Busters bersama rakan gabungan disambut Ketua Pentadbir Masjid Arraudhah Kariah Taman Rasa Sayang, Zulkifli Muhamed.

Iklan
Iklan

Sempena penganjuran program Singgah Santun di Masjid Arraudhah Taman Rasa Sayang pada pagi Sabtu, satu Kempen Cintai al-Quran turut digerakkan oleh pihak pengurusan masjid.

Selain pelbagai aktiviti sukan santai, pemeriksaan kesihatan oleh Ikram Health dan pertandingan mewarna disediakan kepada orang ramai.

Iklan

Kesempatan majlis turut dimanfaatkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi penerangan dan mesej antirasuah kepada hadiran.

Ucapan ringkas SPRM tersebut disampaikan oleh Penolong Penguasa (Unit Siasatan) SPRM Negeri Sembilan, Riduan Kadri.

Iklan