'Pendapatan kami terjejas'

Iklan
Penghantar makanan mengeluh ekoran terpaksa melalui jalan yang jauh berikutan jalan utama menuju Jalan Bangsar ditutup pagi ini. (Gambar kecil: Sukaimi)

KUALA LUMPUR -"Kalau boleh jangan buat macam ini lagi, pendapatan kami terjejas," demikian rungutan beberapa penghantar makanan ekoran penganjuran himpunan mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki meletak jawatan di Jalan Bangsar pada pagi Sabtu.

Rata-rata penghantar makanan yang ditemui menempelak penganjuran himpunan terbabit yang disifatkan menutup pintu rezeki pihak lain.

Iklan
Iklan

Penghantar makanan, Sukaimi Rusli, 43, berkata dia terpaksa melencong jauh akibat penutupan beberapa jalan menuju ke Jalan Bangsar.

"Saya sendiri tak tahu ada himpunan ini, bagi saya tak ada faedah serta ganggu pencarian rezeki kami sebagai penghantar makanan.

Iklan

"Menyusahkan sebab saya terpaksa ikut jalan jauh untuk sampai ke sini bagi mengambil pesanan," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Penghantar makanan, Ramli Mohd, 22, berkata penganjur himpunan tersebut seharusnya berfikir dahulu sebelum menganjurkan perhimpunan terbabit.

Iklan

"Saya terpaksa batalkan beberapa pesanan disebabkan banyak jalan yang terpaksa ditutup, tak pasal-pasal punca pendapatan saya terjejas.

"Bagi saya lebih baik tak adakan himpunan macam ini, menyusahkan semua orang, kami yang tak ada kena mengena turut jadi mangsa," katanya.

Penghantar makanan, Saiful Zainal Kamarudin, 31, berkata himpunan yang diadakan ini tidak memberi sebarang faedah.

"Saya tak tahu apa faedah mereka ini berkumpul, tak bawa sebarang manfaat.

"Sekarang pula kita risau dengan Covid-19, kumpul ramai-ramai macam ini, sekaligus risikokan semua orang," katanya.

Sebelum ini, polis menerusi kenyataan memaklumkan empat jalan utama menuju ke Bangsar dilencongkan susulan tular info berkaitan perhimpunan mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditangkap ditukar ke kawasan sekitar LRT Bangsar pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, lencongan bermula pada jam 7 pagi sehingga selesai.

"Antara jalan yang terlibat adalah Jalan Bangsar, susur Jalan Bangsar Utama, Jalan Travers menuju ke Jalan Bangsar, Jalan Rakyat menuju ke Jalan Bangsar dan Jalan Maarof menuju ke Jalan Bangsar.

"Selain daripada lencongan jalan, pihak pengoperasian stesen MRT, LRT, Monorail dan KTM juga akan membuat penghentian sementara pengoperasian bermula jam 7 pagi bagi beberapa stesen utama di sekitar Kuala Lumpur seperti diumumkan dalam siaran media semalam," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.