MELBOURNE - AUSTRALIA. Senator Queensland yang sebelum ini dikecam Perdana Menteri Australia Scott Morrison ekoran kenyataan berhubung serangan maut di masjid Christchurch, dibaling telur ketika menghadiri satu acara di Melbourne.
Kenyataan Fraser Anning yang mendakwa kebanjiran penduduk Muslim mencetuskan serangan terbabit menerima kecaman Morrison yang menganggap ia kenyataan yang 'menjijikan' dan menyasarkan agama Islam sebagai agama keganasan.
Iklan
Iklan
Anning turut berkata, serangan di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood yang setakat ini meragut 49 nyawa dan mencederakan berpuluh yang lain berpunca daripada polisi imigrasi New Zealand yang membenarkan fanatik Muslim memasuki negara itu.
Dalam insiden di Moorabin itu, seorang remaja lelaki bertindak membaling telur ke kepala Anning sambil merakam perbuatannya, ketika senator berkenaan sedang bercakap dengan wartawan.
Anning yang terkejut dengan insiden itu, dilihat menampar muka remaja terbabit dan berlaku pergelutan sebelum penyerang dibawa pergi oleh pihak berkuasa.- nzherald