Bomba kesan gas hidrogen sianida di Sungai Kim Kim

Iklan
Pasir gudang

PASIR GUDANG - Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor mengesan kehadiran gas hidrogen sianida yang mana merupakan antara salah satu daripada 15 gas yang dikesan susulan pencemaran udara ekoran pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Datuk Yahaya Madis berkata, gas berkenaan dikesan pada 13 Mac lalu selepas kerja-kerja pembersihan di kawasan perumahan dekat Tanjung Puteri dengan bacaan 4.5ppm.

Iklan
Iklan

"Namun bacaan itu hanya bertahan kira-kira dua jam sebelum kembali ke paras berjaga-jaga," katanya pada sidang media di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini, hari ini.

Yahaya turut memaklumkan operasi pembersihan di Sungai Kim Kim akan diselesaikan dalam tempoh dua hari sebelum berlaku hujan pada Selasa ini susulan ramalan dari pihak Jabatan Meteorologi.

Iklan

Katanya, cuaca hujan turut menjadi faktor penyebaran gas di kawasan setempat bergerak lebih cepat.

"Jika mengikut kepada keadaan cuaca sekarang penularan gas dalam keadaan sama rata, sekarang penularan gas tidak menjejaskan sangat cuma kita doa jangan cuaca hujan ia akan bergerak dalam kumpulan, itu yang membahayakan.

Iklan

"Kerja pembersihan sedang disegerakan supaya sebelum waktu hujan ia dapat diselesaikan," katanya lagi.

Tambahnya, meskipun indeks kualiti udara dalam keadaan berjaga-jaga, orang awam diingatkan untuk memakai topeng mulut dan hidung untuk tujuan keselamatan.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak mendekati kawasan Sungai Kim Kim meskipun mempunyai peralatan perlindungan peribadi (PPE) tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan anggota Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) JBPM bagi menangani kes berkenaan mencukupi di mana melibatkan bantuan anggota dari Johor, Kedah, Perak dan Selangor.