JOHOR BAHRU - UMNO Johor sebulat suara bersetuju untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) sekali gus membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
Menteri Besar merangkap Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, perkara itu akan dijelaskan sepenuhnya pada jam 6 petang, pada Sabtu selepas dia menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim, Sultan Iskandar.