100 buah mesin bitcoin berharga RM100,00 dirampas

Iklan
100 mesin bitcoin bernilai RM100,000 dirampas dalam dua serbuan berasingan pada 15 Januari lalu.

GEORGETOWN - Polis merampas 100 buah mesin bitcoin bernilai RM100,000 selepas menyerbu sebuah rumah tiga tingkat di Air Itam di sini pada awal pagi, 15 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, dalam serbuan berasingan bermula jam 3.30 pagi itu, polis turut menahan empat lelaki berusia dalam lingkungan 27 hingga 36 tahun untuk siasatan lanjut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesemua lelaki berkenaan dipercayai terlibat dalam kegiatan bitcoin serta melakukan penyambungan elektrik secara haram.

"Serbuan pertama libatkan sebuah rumah kedai tiga tingkat yang dipercayai dijadikan premis untuk menjalankan kegiatan berkaitan bitcoin dan dua lelaki ditahan.

Iklan

"Pemeriksaan mendapati 100 buah mesin perlombongan bitcoin dan beberapa kelengkapan komputer bernilai kira-kira RM100,000 sedang beroperasi di situ," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kata beliau, serbuan itu dilakukan susulan aduan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berlaku penyambungan haram untuk tujuan mencuri elektrik di premis berkenaan.

Iklan

"Serbuan kedua libatkan sebuah rumah kedai berhampiran lokasi serbuan pertama dan polis menahan dua lagi lelaki kerana kesalahan sama.

"Anggaran kerugian oleh TNB adalah sebanyak RM24,000 dan premis tersebut didapati beroperasi sejak 1 Januari lalu," katanya.