SEREMBAN - Usaha memerangi gejala rasuah perlu dijadikan agenda jihad peribadi dalam diri setiap orang.
Ketua Pentadbir Masjid Kariah Arraudah Taman Rasa Sayang, Zulkifli Muhamed berkata, ini kerana masalah rasuah di negara ini semakin berleluasa sehingga sukar untuk mencari bidang yang bersih tanpa adanya unsur rasuah.
"Dari sekecil-kecil urusan dalam aktiviti masyarakat sehingga ke peringkat urusan negara boleh terpalit dengan unsur rasuah dan ia sangat membimbangkan.
"Dari situ kita boleh lihat betapa kroniknya situasi rasuah sekarang. Bagi saya ia menuntut jihad setiap orang untuk menentang rasuah," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Program Singgah Santun Rasuah Busters Sempena Kempen Cintai al-Quran di Masjid Kariah Arraudah Taman Rasa Sayang di sini pada Sabtu.
Hadir sama, Penasihat Projek Rasuah Busters, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan Pengurus Tugas-tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang.
Menurut Zulkifli, institusi masjid juga perlu memainkan peranan dengan menjadikan anti rasuah sebagai misi besar mereka.
Jelasnya, masjid dan surau boleh menggunakan platform kuliah agama, khutbah atau kelas takmir yang diadakan untuk menyampaikan mesej rasuah.
"Ia boleh dilakukan secara berkala dan teratur supaya masyarakat sentiasa diingatkan bahaya rasuah.
"Jihad terhadap rasuah ini besar. Jadi institusi masjid tidak sepatutnya ketinggalan lebih-lebih lagi ia menjadi tempat rujukan masyarakat," katanya.
Selain itu katanya, setiap institusi keluarga juga perlu menjadikan perangi rasuah sebagai satu pegangan hidup.
Tambah beliau, ia penting kerana jika soal itu tidak diterap bermula sekarang ia akan menyebabkan generasi muda akan hilang kepercayaan.
"Jadi bagi saya usaha dilakukan Sinar Harian melalui Rasuah Busters ini sangat bertepatan kerana soal membanteras rasuah ini adalah tanggungjawab semua pihak," katanya.