PM selesai melawat Tun M di IJN

Iklan
Kenderaan Toyota Vellfire berwarna putih yang membawa Ismail Sabri keluar dari pekarangan IJN pada jam 6.05 petang.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai melawat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara (IJN) selepas kira-kira 30 minit.

Kenderaan Toyota Vellfire berwarna putih yang membawa Ismail Sabri dilihat keluar dari IJN pada jam 6.05 petang.

Iklan
Iklan

Sebelumnya, Ismail Sabri tiba di IJN pada jam 5:35 petang.

Dr Mahathir sebelum ini disahkan berada di Unit Rawatan Koronari (CCU), IJN.

Iklan

Perkara tersebut dimaklumkan oleh jurucakap bekas Perdana Menteri itu.

Sementara itu, pengamal media masih menanti di pekarangan IJN sejak jam 1 petang tadi.

Iklan

Sebelum ini, IJN memaklumkan satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat berhubung keadaan Dr Mahathir.

Menurut Ismail dalam ciapan di Twitter berkata, beliau turut bertemu dengan isteri Dr Mahathir, Tun Hasmah Mohamad Ali.

"Tiba di Institut Jantung Negara sebentar tadi untuk menziarahi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad @chedetofficial yang dimasukkan ke IJN.

Saya turut bertemu dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di IJN tadi dan berharap keluarga Tun Dr. Mahathir Mohamad terus tabah,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Sabtu.

Sebelum ini, Ismail dilaporkan tiba di IJN pada jam 5.35 petang dan pulang pada jam 6.05 petang.