BATU PAHAT - MCA masih belum berbincang mengenai kerusi yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atau Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, bagaimanapun MCA telah siap siaga bagi menghadapi kemungkinan untuk kedua-duanya.