Ras Adiba hilang sahabat baik, di hari bahagia

Iklan
Ras Adiba Radzi

PERSONALITI TV popular, Ras Adiba Radzi berkongsi perasaan sedih atas pemergian pelakon Wafa Abdul Kadir yang juga merupakan teman rapat awal pagi tadi.

Lebih sayu, kehilangan arwah Wafa berlaku pada hari di mana Ras Adiba bakal dijabkabulkan dengan lelaki pilihan, sekali gus memulakan fasa baharu dalam kehidupannya hari ini.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian yang dilakukan di laman Instagram, ternyata bekas penyampai sukan ini tidak dapat menyembunyikan kesedihannya.

"Hari ini hari yang teramat sukar dan gembira buat saya. Gembira kerna saya akan diijabkabulkan dengan seorang yang amat menyayangi seluruh jiwa dan raga. Namun hari ini juga saya kehilangan Kak Long saya.

Iklan

"Aduhai bagaimana bisa saya tempohi dugaan yang melanda? Ingin sekali saya meraikan Akad ini bersama dia, namun saya sedar rancangan Illahi tiada tolak tandingnya,” tulisnya.

Ras Adiba juga meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat mengiringi perjalanan terakhir sahabatnya itu untuk disemadikan.

Iklan

"Maafkan Deep kerna tidak dapat menghantar Akak pulang Kak, namun Deep tahu Akak mahukan Deep gembira.

"Akan Deep cekalkan diri dan kawal airmata daripada mengalir di pipi. Itu janji Deep, Kak. Maaf sekali lagi, kerna adikmu ini tidak dapat bersama mengiringi dirimu untuk mengadap Illahi. Allahu @wafaabdulkadir.” luanhnya.

Terdahulu sebelum itu, pelakon Wafa Abdul Kader, 52, disahkan meninggal dunia pada 1.10 pagi Sabtu, setelah beberapa tahun menghidap penyakit kanser ovari.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Tropicana, Petaling Jaya dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara tengahari tadi.

Wafa meninggalkan suami, Tajul Faizal Tamimuddin, 53, dan beberapa orang anak hasil perkahwinan terdahulu.