Kawasan Rekreasi Pasir Puteri

Iklan
Dua pengunjung cilik kelihatan seronok bermandi-manda di kawasan rekreasi dan perkelahan Pasir Puteri, Sungai Lembing yang dibuka kembali hari ini.

Kawasan itu sebelum ini ditutup kepada pengunjung setelah terjejas akibat kejadian banjir besar pada 19 Disember lepas.

Lokasi yang terletak kira-kira empat puluh kilometer dari pusat bandaraya Kuantan itu sering menjadi tumpuan pengunjung terutama pada cuti hujung minggu yang ingin melakukan aktiviti berkelah dan mandi manda di situ. - Foto Bernama.