PENGENDALI sementara Everton, Duncan Ferguson memasang impian menguruskan kelab secara tetap, namun mengakui tidak mempunyai pengalaman untuk berbuat demikian pada masa ini.
Ferguson, yang menjaringkan 72 gol dalam 273 penampilan sepanjang dua musim di Goodison Park, mengambil alih Everton untuk kali kedua sebagai pengurus sementara selepas pemecatan pengendali dari Sepanyol, Rafa Benitez minggu lalu.
Iklan
Iklan
"Saya sentiasa bermimpi untuk menjadi pengurus Everton tetapi sudah tentu saya tidak mendapat pengalaman itu.
"Tugas saya pada masa ini adalah untuk mengharungi perlawanan akan datang, menstabilkan pasukan sementara pengurusan kelab melalui proses mengenal pasti pengurus baharu.
"Saya pasti pengurusan kelab akan membawa pengurus baharu bagi memastikan Everton kekal bersaing dalam baki saingan liga," kata Ferguson.
Untuk rekod, beberapa nama menjadi calon untuk jawatan Everton bagi mengantikan Benitez, termasuk bekas pemain Everton dan jurulatih Derby County, Wayne Rooney.