Medvedev mara ke pusingan keempat Terbuka Australia

Iklan
Daniil Medvedev

PEMAIN nombor dua dunia, Daniil Medvedev mengatasi pemain Belanda, Botic van de Zandschulp 6-4, 6-4, 6-2 di Arena Margaret Court untuk mara ke pusingan keempat Terbuka Australia sekali gus berada di landasan terbaik merangkul kejuaraan Grand Slam kedua berturut-turut.

"Saya sangat gembira kerana setiap pusingan di Grand Slam adalah sangat sukar. Walaupun hari ini mata tidak menunjukkan situasi ini, tetapi saya rasa ia adalah perlawanan paling mencabar daripada mata yang diperolehi.

Iklan
Iklan

"Semoga saya boleh bermain di sini untuk beberapa tahun lagi. Malah saya harap akan ada lebih banyak masa untuk mencipta keputusan lebih positif berbanding sebaliknya,” kata Medvedev yang juga juara Terbuka Amerika Syarikat.

Van de Zandschulp, pemain berusia 26 tahun yang menduduki ranking ke-57 dunia, merupakan satu-satunya pemain meraih satu set daripada Medvedev ketika kedua-duanya berentap di Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu, pentas pemain Rusia tersebut mendakap kejuaraan utama pertamanya.

Iklan
Iklan

Kemaraan Medvedev menyaksikan pemain berusia 25 tahun itu yang juga finalis Melbourne Park edisi 2021 akan bertemu pemain dari Amerika Syarikat, Maxime Cressy yang menewaskan pemain Australia, Christopher O'Connell 6-2, 6-7(6), 6-3, 6-2, bagi perebutan slot suku akhir.