Ditipu lelaki bergelar Datuk Seri

Iklan
Sebahagian mangsa yang hadir membuat laporan polis mendesak agar tindakan diambil terhadap pemilik syarikat dan wang mereka dikembalikan.

KUANTAN: Seramai 19 individu tampil membuat laporan polis mendakwa menjadi mangsa penipuan syarikat jualan langsung produk minuman kopi diasaskan seorang lelaki bergelar Datuk Seri.

Mangsa yang rata-rata penjawat awam dan kakitangan swasta dari negeri ini dan Kemaman, Terengganu menanggung kerugian keseluruhan mencecah RM735,000.

Iklan
Iklan

Mereka juga mendakwa, keuntungan hasil pelaburan antara RM10,000 hingga RM160,000 juga tidak dibayar seperti dijanjikan sejak Julai 2016.

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini hari ini.

Iklan

Salah seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Nora, 40, berkata, dia mengalami kerugian paling besar apabila menggunakan wang simpanan RM160,000 untuk melabur dalam skim tersebut.

Eksekutif sebuah syarikat swasta ini berkata, dia menyertai skim tersebut sejak 2015 dengan pelaburan permulaan RM10,000.

Iklan

Menurutnya, pada awalnya, dia menerima bayaran hasil keuntungan pelaburannya RM600 sebulan seperti dijanjikan.

"Berdasarkan perjanjian, daripada RM10,000 yyang dilaburkan, dia menerima produk minuman kopi bernilai RM2,500 dan terpulang sama ada menjualnya atau digunakan sendiri manakala produk selebihnya dijual oleh pihak syarikat dan mereka akan menerima bayaran RM600 setiap bulan.

"Selepas mendapat bayaran seperti dijanjikan selama setahun tanpa sebarang masalah, dia menambah pelaburan berjumlah RM100,000 pada Februari 2016 dan menerima keuntunggan RM2,250 sebulan,” katanya.

Nora berkata, keuntungannya meningkat kepada RM5,500 sebulan selepas dia membuat tambahan pelaburan berjumlah RM50,000 lagi pada Jun 2016.

"Selepas Julai 2016, pembayaran mula bermasalah apabila kami langsung tidak menerima sebarang bayaran,” katanya.

Dia berkata, pihak syarikat memberi pelbagai alasan setiap kali ditanya berhubung bayaran yang tertangguh.

"Kami tampil membuat laporan polis hari ini meminta agar tindakan diambil terhadap pemilik syarikat selain mendesak agar wang pelaburan mereka dikembalikan.

Bagi seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Ju, 36, dia dan mangsa yang lain tertarik dengan pelaburan itu selepas melihat potensi keuntungan yang dijanjikan dan bayaran yang dibuat pada awalnya cukup meyakinkan.

Menurutnya, setiap ahli hanya perlu mengeluarkan modal untuk membuat pembelian produk berdasarkan pakej yang ingin disertai.

"Mereka dijanjikan menerima produk sama ada kopi atau lain-lain mengikut pilihan ahli keluaran syarikat berkenaan berserta hibah tunai secara tetap setiap bulan selama 12 bulan mengikut pakej.

"Sebagai contoh jika ahli mengambil pakej RM10,000, mereka akan mendapat pulangan kira-kira RM600 setiap bulan selama setahun dan diberikan produk,” katanya.

Penjawat awam itu berkata, ramai mangsa menyertai skim itu bermula pada Oktober 2015 dan membuka beberapa akaun tambahan secara berperingkat.

"Ramai yang pada mulanya yakin dengan skim ini selepas melihat usaha syarikat menaja pelbagai rancangan televisyen.

"Saya sendiri pada mulanya agar sukar hendak percaya namun disebabkan publisiti syarikat melalui penajaan rancangan televisyen ini, saya juga akhirnya tertarik untuk melabur,” katanya.

Dia berkata, selepas syarikat memindahkan ibu pejabat ke Indonesia, mereka mula berdepan masalah pembayaran dan permohonan untuk menutup akaun bagi mendapatkan semula wang dilaburkan tidak dilayan dan ditolak.

Malah katanya, ada ahli menerima surat saman daripada peguam kononnya melawan syarikat.