‘Kita seperti tiada kerajaan ketika banjir’

Iklan
Mohamad Sabu

SHAH ALAM - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyifatkan Malaysia seperti tidak mempunyai kerajaan apabila Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) tidak mampu berfungsi dengan efisien dalam menguruskan banjir besar yang melanda negara baru-baru ini.

Mohamad berkata, Nadma yang sepatutnya mengkoordinasikan bantuan kecemasan tidak menjalankan fungsi sewajarnya, sebaliknya saling berbalah antara satu sama lain sehingga menyebabkan bantuan lambat tiba kepada mangsa terjejas.

Iklan
Iklan

"Kehilangan harta benda rakyat dan aset perniagaan pihak swasta serta kemusnahan infrastruktur awam pastinya mencecah bilion ringgit.

"Ditambah pula, banjir besar tersebut berlaku di kawasan nadi ekonomi negara iaitu di Lembah Klang dengan pelbagai industri dan hotel termasuk institusi pengajian tinggi yang begitu banyak ada di sini.

Iklan

"Pusat ekonomi di sini dilanda banjir, maka berbilion ringgit rakyat dan negara rugi,” katanya semasa Konvensyen Nasional 2021 Parti Amanah yang diadakan secara dalam talian pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau berkata, rakyat terutamanya yang terjejas dengan musibah banjir menuntut agar kerajaan segera membaik pulih kawasan terlibat dan memberikan bantuan secara adil.

Iklan

"Ditambah dengan masih ramai rakyat yang belum keluar daripada impak dan trauma jiwa serta kesihatan mental akibat pandemik Covid-19.

"Situasi ini amat parah dan di luar paras kemampuan untuk ditanggung sebahagian rakyat marhaen dan golongan berpendapatan rendah,” jelas Mohamad.