Rasman tidak dicalonkan semula jika terbukti bersalah

Iklan
Mohd Solihan menyerahkan risalah kepada penerima selepas Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Musim Perayaan Tahun Baru Cina di Puspakom Senai, Kulai pada Ahad.

KULAI - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mencalonkan semula Rasman Ithnain untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sedili dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sekiranya didapati bersalah dalam kes gangguan seksual.

Ketua Penerangan Bersatu Johor, Mohd Solihan Badri berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada polis kerana masih dalam siasatan dan belum dibuktikan bersalah.

Iklan
Iklan

"Ini masih kes polis dan kalau terbukti bersalah kita akan ambil tindakan secara 'politically'. Kita tidak akan ambil calon yang terbukti bersalah," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Musim Perayaan Tahun Baru Cina di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Senai, dekat sini pada Ahad.

Iklan

Laporan polis terhadap Rasman dibuat mangsa berusia 26 tahun pada Isnin lalu sebelum tular dalam media sosial yang mendakwa diganggu secara seksual oleh ADUN terbabit semasa terlibat dalam aktiviti bantuan kepada mangsa banjir di Kuala Sedili, Kota Tinggi, Sungai Ara, Mersing dan Bukit Kepong, Muar baru-baru ini.

Pada 18 Januari lalu, Rasman menafikan tuduhan beliau melakukan gangguan seksual terhadap seorang Ahli Jawatankuasa Srikandi Bersatu Bahagian Kota Tinggi.

Iklan

Rasman yang juga Ketua Bersatu Bahagian Kota Tinggi berkata, dakwaan wanita tersebut tidak benar dan menyifatkannya sebagai satu konspirasi politik untuk mencemarkan reputasinya

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dilaporkan berkata, pihaknya telah memanggil 11 individu bagi dirakam percakapan berhubung kes itu.