Pemandu kereta tular guna laluan motosikal di plaza tol disaman

Iklan
Tangkap layar video tular di media sosial mengenai sebuah kereta melalui laluan motosikal berhampiran Plaza Tol Ayer Panas, Lebuhraya Duke, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Perbuatan pemandu sebuah kereta menggunakan laluan motosikal berhampiran Plaza Tol Ayer Panas, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) di sini yang videonya tular mengundang padah apabila dia disaman pihak polis pada Sabtu.

Tindakan pemandu kereta berkenaan yang membahayakan pengguna lebuh raya itu terutamanya penunggang motosikal dirakam sebelum dimuat naik di Facebook dan tular sehingga mengundang kecaman netizen.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik(JSPT) Kuala Lumpur Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, sejurus selepas menerima video tular itu, pihaknya terus menjalankan usaha bagi mengesan pemilik kereta terbabit.

"Pemilik kereta yang merupakan wanita warga tempatan berumur 49 tahun itu berjaya dikesan kira-kira jam 5 petang pada Sabtu.

Iklan

"Tindakan saman di bawah Rule 008(3) LN 166/59) atas kesalahan tidak ikut tanda laluan trafik telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan.

Iklan

"Lorong motosikal merupakan laluan yang hanya dikhaskan kepada motosikal sahaja dan kenderaan seperti kereta tidak dibenarkan melaluinya.

"Tindakan sebegini sekali gus membahayakan pengguna lain dan boleh mengakibatkan kemalangan," katanya.

Pada Sabtu, video sebuah kereta jenis Perodua Axia yang dipandu seorang wanita melalui laluan motosikal berhampiran Plaza Tol Ayer Panas, Lebuhraya Duke tular di media sosial.

Video berkenaan mendakwa pemandu tersebut menggunakan laluan motosikal bagi mengelak membayar tol sebanyak RM2.50.