Jualan Gudang Karangkraf 2022 lebih teratur, terkawal

Iklan
Pengunjung yang datang ke Jualan Gudang Karangkraf 2022 di Kompleks Karangkraf, Shah Alam pada Ahad.

SHAH ALAM - Jualan Gudang Karangkraf 2022 yang memasuki hari ketiga hari ini masih lagi dipenuhi dengan pengunjung yang datang bagi membeli buku-buku kegemaran mereka.

Iklan
Iklan

Berlangsung di Kompleks Karangkraf di sini sejak Jumaat lalu, pengunjung tidak mahu melepaskan peluang apabila datang sejak dari awal pagi untuk mendapatkan pelbagai genre bahan bacaan berkualiti tinggi yang mampu dimiliki pada harga serendah RM1.

Seorang pengunjung, Maziah Muhamad, 42, berkata, dia merupakan pembeli setia setiap kali jualan gudang diadakan di Karangkraf.

Iklan

Menurut guru perpustakaan dan media di sebuah sekolah menengah itu, jualan gudang pada tahun ini dilihat terkawal dan tidak sesak berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya kerana mengamalkan penjarakan sosial serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Pengunjung tidak melepaskan peluang mendapatkan pelbagai genre bahan bacaan berkualiti tinggi dengan harga berpatutan.

Iklan

"Dulu, satu gudang dari depan lagi sesak. Selepas itu dari pintu masuk, penuh orang tetapi kali ini terkawal dan SOP kita pun terjaga.

"Buku-buku pun ada pelbagai pilihan. Sebab saya guru perpustakaan, jadi saya beli di sinilah (untuk anak murid).

"Saya akan membeli buku-buku yang memenuhi citarasa remaja. Sebab saya guru untuk sekolah menengah, jadi akan beli buku yang ada unsur-unsur menarik minat mereka untuk membaca,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Maziah menunjukkan salah satu buku yang dibelinya.

Sementara itu, pengunjung, Suraya Yanti, 46, berkata, jualan gudang pada kali ini juga menawarkan lebih banyak pilihan buku dengan diskaun yang menarik.

"Jualan gudang ini sangat bagus sebab ia lebih mendekatkan pengunjung dengan ilmu melalui bahan bacaan yang berinformasi kepada mereka.

"Macam saya, saya minat novel seram di Karangkraf ini dan juga buku-buku ilmiah agama yang ditawarkan dengan harga mampu milik,” ujarnya.

Seorang lagi pengunjung, Afwan Rawi, 37, berkata, jualan gudang itu memberi peluang kepadanya membeli buku-buku untuk bacaan anaknya.

"Anak saya berumur enam tahun. Jadi saya beli buku-buku ini untuk galakkan dia supaya dia lebih rajin dan minat membaca,” katanya.

Pengunjung membaca buku yang dibeli di Jualan Gudang Karangkraf 2022.

Bagi Aiman Al Afif Muhd Fuad, 19, pula dia lebih gemar membeli buku resipi berbanding bahan bacaan lain.

Katanya, harga yang ditawarkan di Jualan Gudang Karangkraf jauh berbeza dibandingkan dengan harga di kedai buku lain.

"Di sini banyak buku menarik yang dijual terutamanya buku resipi memandangkan saya pun suka memasak.

Aiman Al Afif menunjukkan buku resipi yang dibelinya.

"Memang murah sangat, sebab buku resipi dijual dengan harga RM1 sahaja. Kalau kedai biasa, harga satu buku sahaja lebih kurang RM20,” jelasnya.