PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel memuji aksi yang ditampilkan pemain sayap, Hakim Ziyech selepas dia berjaya menghidupkan kembali peluang The Blues bagi memburu gelaran Liga Perdana apabila membantu menewaskan Tottenham 2-0 di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
Pemain berusia 28 tahun itu memecahkan kebuntuan menerusi rembatan lencong menarik pada awal babak kedua sebelum tonggak pertahanan Thiago Silva menggandakan jaringan selang beberapa minit untuk meletakkan Chelsea selesa di hadapan.