Maqis rampas sembilan tan ikan selar sejuk beku bernilai RM9,000

Iklan
Maqis Padang Besar merampas sembilan tan ikan selar sejuk beku dari Thailand dianggarkan bernilai RM9,000 pada Jumaat lepas.

KANGAR - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Padang Besar merampas sembilan tan ikan selar sejuk beku dari Thailand dianggarkan bernilai RM9,000, Jumaat lepas.

Maqis dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, pihaknya menahan sebuah lori sejuk beku yang membawa masuk ikan tersebut tanpa Permit Import sah di Unit Pemeriksaan Kargo Maqis, Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Padang Besar kira-kira jam 11 pagi.

Iklan
Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) akta sama,” menurut kenyataan itu.

Menurut Maqis, pihaknya dimaklumkan ikan selar sejuk beku tersebut mendapat permintaan tinggi di negara ini terutama di sekitar Selangor.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, Maqis meminta semua pemain industri supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan oleh kerajaan atau akan berdepan tindakan undang-undang. - Bernama