KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin, menetapkan prosiding bela diri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi, bermula 26 April depan.
Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan perkara itu selepas pihak pembelaan yang mewakili bekas Timbalan Perdana Menteri itu, memohon agar prosiding ditetapkan bermula tiga bulan dari sekarang.
Iklan
Iklan
Ia tidak mendapat bantahan daripada pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran.
Selepas mendengar permohonan berkenaan, hakim Collin menetapkan perbicaraan kes itu berlangsung selama 39 hari.
Ia bermula 26 hingga 28 April; 23 hingga 26 Mei; 27 hingga 30 Jun; 4 hingga 7 Julai; 22, 23, 29 dan 30 Ogos; 19 hingga 22, 26 hingga 29 September, 17 hingga 20, 31 Oktober dan 1 hingga 3, 7 hingga 10 November.
Untuk rekod, pada prosiding yang berlangsung pada 6 Disember 2021, hakim Collin menetapkan Mac, April, Mei dan Jun depan untuk mendengar keterangan saksi-saksi pembelaan.
Artikel Berkaitan