Posisi MB masih sama: Ahmad Faizal

Iklan
Ahmad Faizal menjawab spekulasi Menteri Besar Perak, hari ini.

TANJUNG MALIM - Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi jaminan kedudukan menteri besar, kerajaan dan pembangkang pada Persidangan Dewan Negeri, April ini masih di posisi yang sama.

Menurutnya, tiada sebarang perubahan pentadbiran akan berlaku dan PH terus kekal sebagai kerajaan di bawah pimpinannya selaku menteri besar.

Iklan
Iklan

"Tiada apa-apa akan berlaku, pada sesi Dewan Udangan Negeri akan datang saya dan kerajaan PH akan terus berada di posisi sama, begitu juga pembangkang, jadi jalankanlah tanggungjawab masing-masing," katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa Exco Perak mendapat persetujuan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggantikan kedudukan menteri besar negeri itu.

Iklan

Perkara itu bagaimanapun telah dinafikan Dr Mahathir dan menyifatkan kontroversi melanda Pengerusi Bersatu Perak itu sebagai sesuatu biasa dialami pemimpin.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih kukuh: ADUN PH nafi pentadbiran Perak bertukar

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Pas Perak sedia bentuk kerajaan baharu

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal tidak menolak kemungkinan sikap 'melayan cerita' antara faktor isu demi isu berkaitan pentadbiran Perak dibangkitkan pelbagai pihak.

Katanya, pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan baik membuktikan hubungan antara parti komponen dalam PH amat kukuh.

"Kalau tak dilayan... tak jadilah cerita dan semua orang dapat buat kerja elok-elok.

"Jadi saya harap hentikanlah perkara sebegini, sampaikan ke perdana menteri kena ulas... kesian dia," katanya.

Terdahulu, beliau merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan Ikatan Mandailing Malaysia-Indonesia (Imami) di Dewan Seri Tanjung Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM), Behrang.

Program itu turut dihadiri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Speaker DUN Perak yang juga ADUN Behrang, Aminuddin Zulkipli dan Presiden Imami, Datuk Ahmad Tamimi Siregar.