Udang Geragau

Iklan
Peniaga Sabdiah Sarudin, 60, menimbang udang geragau segar untuk dijual ketika tinjauan musim bubuk di Kampung Lubok Temiang hari ini.

Udang geragau atau lebih dikenali dalam bahasa tempatan Kedayan-Brunei sebagai 'bubuk' dijual dengan harga RM8 sekilogram.

Aktiviti menjaring udang geragau dilakukan oleh nelayan tempatan di sini pada waktu pagi sebelum dinaikkan ke pantai dan terus ditimbang serta dibungkus untuk dijual sementara selebihnya dijemur untuk dikeringkan.

Musim bubuk pada kebiasaanya berlaku antara Disember hingga Mac dapat memberi pendapatan tambahan kepada nelayan di pulau ini.

Selain dijadikan belacan atau cencaluk, bubuk sering dijadikan bahan campuran dalam masakan seperti mi dan nasi goreng serta sayur. Ia juga enak dibuat cucur untuk sarapan mahupun minum petang. - Foto Bernama.