Ketua Polis Johor sembah taklimat persediaan, keselamatan menjelang PRN

Iklan
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (tiga dari kanan) berkenan menerima menghadap Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat di Istana Flinstones Mersing pada Isnin. - Foto Royol Press Office ( RPO).

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerima menghadap Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat pada Isnin berhubung persediaan dan keselamatan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menerusi muat naik di laman Facebook rasmi, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan itu berlangsung di Istana Flinstones, Mersing.

Iklan
Iklan

"Kamarul Zaman turut mempersembahkan taklimat mengenai keselamatan serta persediaan pasukan Polis Johor dalam menghadapi PRN.

'Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin," menurut kenyataan itu.

Iklan
Iklan

Pada Sabtu, Sultan Ibrahim berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri ( DUN) Johor bagi memberi laluan kepada PRN Johor diadakan.