SPR adakan mesyuarat khas PRN Johor 9 Februari

Iklan
SPR akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan PRN Johor pada 9 Februari depan.

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Mesyuarat khas berkaitan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan diadakan pada 9 Februari depan.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak menerusi kenyataannya memaklumkan, mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh.

Iklan
Iklan

"Ia bakal membincangkan tarikh-tarikh penting PRN Johor seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut," katanya pada Isnin.

Menurutnya, SPR menerima notis rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat berhubung pembubaran DUN Johor penggal yang ke-14 pada Ahad sebagaimana termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 23 Bahagian Kedua, Undang-Undang Negeri Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895.

Iklan

"Berdasarkan Fasal (4) Perkara 23 Bahagian Kedua, undang-undang tersebut menyatakan suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN itu.

"Sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat tersebut," katanya.

Iklan