JUARA Terbuka Amerika Syarikat, Daniil Medvedev menggunakan segala pengalaman berstatus pemain nombor dua dunia untuk bangkit meraih kemenangan 6-2, 7-6(4), 6-7(4), 7-5 ke atas Maxime Cressy di Margaret Court Arena sekali gus menempah slot suku akhir Terbuka Australia.
Pemain dari Rusia itu terpaksa bekerja keras selama 3 jam 30 minit sebelum dapat menjinakkan pemain bukan pilihan berusia 24 tahun dari Amerika Syarikat yang juga pakar servis voli untuk menempah slot menentang pemain Kanada, Felix Auger-Aliassime.