MIAMI - Hanya seorang penumpang yang menaiki sebuah pesawat komersial dalam penerbangan ke Orlando, Amerika Syarikat (AS) selepas ia berlepas dari London, Britain baru-baru ini.
Penumpang itu, Kai Forsyth berkongsi menaiki pesawat syarikat penerbangan British Airways ketika dia kembali ke Orlando, Florida, untuk pergi ke sebuah universiti.
Iklan
Iklan
Dia kemudian merakamkan tempat duduk dan ruang yang kosong semasa pesawat itu melintasi Lautan Atlantik.
Pelajar itu turut menyatakan di media sosial itu dengan keterangan gambar:"Kru kabin berkata, saya satu-satunya di dalam penerbangan."
Dia yang datang dari Derby, United Kingdom mengharungi penerbangan selama lapan jam.
Forsyth kemudian menyatakan komennya dalam media sosial bahawa dia berasakan berada dalam keadaan yang paling selesa ketika menaiki kapal terbang berkenaan.
"Mereka benar-benar memberikan saya semua makanan ringan dan makanan tanpa had," katanya. - Agensi