Pendedahan JPNK bukti ceroboh hutan simpan telah lama berlaku

Iklan
Laporan Sinar Harian. (Gambar kecil: Shariffa Sabrina)

SHAH ALAM - Pendedahan dibuat Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) mengenai sindiket penerokaan haram yang menceroboh kawasan hutan simpan membuktikan ia telah lama berlaku dalam negara.

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, kenyataan yang dikeluarkan itu ibarat seperti menepuk air di dulang.

Iklan
Iklan

"Persoalannya apa yang perhutanan lakukan selama ini sebagai ‘guardian’ kepada hutan simpan sehingga perkara sebegini boleh terjadi?

"Adakah amalan rasuah sudah tidak dapat dibendung lagi?” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Sebelum ini, JPNK mendedahkan wujud sindiket penerokaan haram yang menceroboh kawasan hutan simpan kekal di negeri ini sebelum dijual kepada orang luar walaupun tanpa dokumen sah.

Pengarah JPNK, Abdul Khalim Abu Samah berkata, walaupun aktiviti tersebut dibuat tanpa sebarang dokumen namun ia tetap mendapat permintaan tinggi.

Iklan

Dalam pada itu, Shariffa Sabrina berkata, sindiket-sindiket seperti ini berlaku tidak hanya di negeri-negeri tertentu malah di seluruh negara.

"Para pengusaha balak ini akan sentiasa mencari peluang dan sentiasa mengenal pasti pegawai-pegawai hutan yang boleh dibawa berunding untuk memudahkan segala bentuk cara mengeluarkan hasil kayu," beritahunya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, satu tindakan drastik bagi mengekang perbuatan tidak beretika Ini perlu dilakukan dengan segera.

"Antaranya, melaksanakan moratorium dengan membatalkan semua lesen pembalakan dan kenal pasti pegawai-pegawai yang terlibat dan dikenakan hukuman berat sama ada tangkap dan buang kerja.

"Penjenayah alam perlu didenda hingga RM10 juta atau penjara hingga 30 tahun atau kedua-duanya dan sudah sampai masanya Akta 313 Perhutanan Negara 1984 dipinda dan Majlis Tanah Negara & Kerajaan Persekutuan mengambil Kuasa Penuh Pengurusan Hutan Simpan Kekal,” ujarnya.