PEMAIN nombor dua dunia Aryna Sabalenka tersingkir daripada Terbuka Australia dalam pertembungan epik pusingan keempat selepas diketepikan pemain veteran Kaia Kanepi, sekali gus menamatkan harapan pemain Belarus itu untuk gelaran sulung Grand Slam.
Pilihan kedua itu menyelamatkan empat mata perlawanan sebelum tewas 5-7, 6-2, 7-6 (10/7), apabila melakukan 15 kesilapan.
Iklan
Iklan
Kemenangan itu menyaksikan Kanepi, 36, pemain bukan pilihan, mara ke pusingan lapan di Melbourne buat kali pertama.
Pemain Estonia itu akan berdepan pilihan ketujuh dari Poland, Iga Swiatek yang berhempas-pulas ke suku akhir Grand Slam ketiganya dan pertama di Terbuka Australia selepas menewaskan pemain Romania, Sorana Cirstea 5-7, 6-3, 6-3.
"Ia adalah perlawanan yang sangat sukar. Sebenarnya saya fikir akan kalah selepas mata perlawanan yang saya ada pada servis diselamatkan. Saya tidak tahu bagaimana menang.
"Terbuka Australia adalah satu-satunya Grand Slam di mana saya tidak mara ke suku akhir dan tidak percaya boleh melakukannya pada usia saya sekarang," tambah Kanepi, juara empat kali Jelajah WTA.
Artikel Berkaitan