[VIDEO] Himpunan bantah sistem elaun OKU kecoh

Iklan
Kumpulan OKU meluahkan perasaan kecewa apabila hasrat untuk bertemu Rina gagal.

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perhimpunan melibatkan beberapa kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) orang kurang upaya (OKU) di pekarangan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat KPWKM) bagi membantah sistem pembayaran elaun bertukar menjadi kecoh.

Ia selepas Menterinya, Datuk Seri Rina Harun tidak muncul menemui golongan itu pada Selasa.

Iklan
Iklan

Salah seorang wakil OKU, Francis Siva berkata, pihaknya kecewa Rina tidak hadir pada pertemuan itu.

"Kami telah memaklumkan kepada pejabat Menteri melalui e-mail pada Jumaat lepas tetapi beliau tidak ada," katanya.

Iklan

Wakil kementerian, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Eikmar Rizal Mohd Ripin memaklumkan, bahawa Rina tiada di pejabatnya kerana menjalankan tugasan rasmi di luar.

Bagaimanapun, kekecewaan 13 NGO OKU itu berakhir selepas Timbalan Menteri KPWKM, Siti Zailah Mohd Yusoff turun menemui kumpulan tersebut jam 12.05 tengah hari sebelum diserahkan memorandum bantahan projek rintis bayaran bantuan tanpa tunai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Iklan

Dalam memorandum tersebut, NGO terbabit mendakwa dasar baharu JKM menyukarkan pihaknya dan dibuat tanpa libat urus persatuan.

Melalui kaedah ini, penerima bantuan akan menerima 50 peratus daripada jumlah kadar bantuan yang dikreditkan ke dalam akaun OKU manakala selebihnya, dimasukkan ke dalam kad cashless JKMpay.

"Kami difahamkan bantuan hanya boleh berbelanja dalam bentuk barangan keperluan asas dan ubat-ubatan di kedai berdaftar dengan Bank Islam dan panel JKM sahaja," katanya.

Menurutnya, pembelian yang tidak disenarai dalam barangan keperluan tidak dibenarkan menggunakan kad JKMpay.

"Amat tidak adil dengan sistem ini, hak membeli barangan mengikut keperluan kami dirampas seolah-olah JKM menjadi penentu barangan apa yang boleh dibeli. Ianya tidak rasional sungguh," katanya.

Dakwanya, sistem tersebut hanya menguntungkan kedai panel JKM di mana bantuan kewangan daripada kerajaan Persekutuan disalurkan kepada kedai panel JKM.

"OKU di Malaysia terus terpinggir dan tindakan sedemikian telah mencabuli serta bertentangan dengan Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya (CRPD)," katanya.