'Hobi' pelik lelaki OKU curi pakaian dalam terbongkar

Iklan
Suspek (tengah) dibawa ke mahkamah pada Selasa bagi proses tahanan reman.

KUALA NERUS - 'Hobi' pelik seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) pendengaran mencuri pakaian dalam pelajar asrama di sebuah universiti awam di sini terbongkar setelah kegiatannya itu disedari pelajar universiti berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, perbuatan suspek berusia 37 tahun itu diketahui selepas dia ditahan pihak keselamatan universiti berkenaan kira-kira jam 6 petang pada Isnin.

Iklan
Iklan

"Kehadiran suspek yang disedari penghuni asrama ketika berada kawasan ampaian pelajar perempuan di asrama berkenaan menimbulkan rasa curiga.

"Lelaki berkenaan ditahan selepas kejadian itu dimaklumkan kepada pengawal keselamatan sebelum menghubungi pihak polis," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Iklan
Tangkap layar rakaman perbuatan suspek mencuri pakaian dalam yang tular di media sosial.

Abdul Rahim berkata, pihaknya masih melakukan siasatan motif sebenar suspek melakukan jenayah berkenaan.

Katanya, suspek ditahan reman selama empat hari bermula Selasa untuk disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Iklan

Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/ Majistret Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab Karim.