Dua jawatan untuk Marzuki di Perlis

Iklan
Amier Hassan, Wan Saiful Jan, Marzuki

KANGAR - Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya dilantik sebagai Pengerusi Bersatu Perlis dan juga Pengerusi PH Perlis buat sementara waktu.

Beliau menggantikan Amier Hassan yang ‘direhatkan’ daripada menyandang jawatan dalam parti di peringkat Bahagian dan Negeri.

Iklan
Iklan

Langkah serupa turut melibatkan bekas Setiausaha Bersatu Negeri, Wan Saiful Wan Jan.

Mereka, bagaimanapun, masih boleh menjadi Ketua Cawangan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) masing-masing.

Iklan

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Marzuki berkata, jawatan Ketua Bersatu Bahagian Arau yang disandang Amier kini diambil alih oleh timbalannya, Maton Din.

"Namun kerja-kerja parti di peringkat Bahagian itu diketuai dan diselia oleh saya sendiri," katanya.

Iklan

Masalah yang dikaitkan dengan Bersatu Perlis, menurut Marzuki, hanyalah salah faham dan kesilapan teknikal yang lumrah berlaku dalam mana-mana parti.

"Kita menghargai jasa dan pengorbanan Amier dan Wan Saiful... mereka boleh bertanding semula pada pemilihan parti negeri yang dijangka diadakan selewat-lewatnya Oktober ini,” katanya. - Bernama