Tumpang berlindung di rumah doktor bersara

Iklan
Irfan Yunianto sedang mendengar khutbah Jumaat apabila dia dikejutkan dengan bunyi bising sebelum mendengar bunyi tembakan.

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND.Seorang pelajar Indonesia menceritakan kepada BBC bagaimana dia melarikan diri daripada Masjid Al Noor di Christchurch yang menjadi sasaran penembak.

Ketika kejadian sekitar jam 1.40 petang (waktu tempatan) semalam, Irfan Yunianto sedang mendengar khutbah Jumaat apabila dia dikejutkan dengan bunyi bising sebelum mendengar bunyi tembakan tidak berapa lama kemudian.

Iklan
Iklan

Yuniato berkata, seorang rakan membantunya memanjat pagar dan dia berlindung di sebuah rumah doktor bersara bersama sekurang-kurangnya 15 yang lain, dua daripadanya cedera.

"Beliau sangat baik dan menawarkan kami minuman serta tempat untuk berehat.

Iklan

"Kami tidak berani untuk keluar kerana takut ditembak atau lebih teruk, bertembung dengan si penyerang," katanya sambil menambah mereka dibawa keluar pihak polis kira-kira lima jam selepas serangan.

Tindakan nekad penyerang warga Australia, Brenton Tarrant yang menyasarkan jemaah di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood telah meragut 49 nyawa dan mencederakan puluhan yang lain. - BBC

Iklan