PRN Johor: Pas boleh bekerjasama jika Amanah tolak DAP

Iklan
Idris Ahmad

KUALA LUMPUR - Pas akan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor jika parti tersebut meninggalkan DAP.

Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan bekas pemimpin Amanah supaya Pakatan Harapan (PH) menghulurkan bantuan kepada Pas dan Bersatu dalam PRN Johor.

Iklan
Iklan

"Kita boleh (bekerjasama) dengan Amanah, dengan syarat dia tinggalkan DAP," katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Program Agropreneur Majlis Agama Islam (MAIWP) di Kompleks Darul Kifayah, di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Idris berkata, senarai calon Pas yang bertanding pada PRN Johor nanti akan didedahkan pada hari penamaan calon.

Iklan

"Tunggu hingga hari penanaman calon, nanti tengok pada hari itu, mungkin saya bertanding di sana," katanya sambil berseloroh.

Dalam perkembangan lain, Idris turut berkata, kurang daripada 10 peratus guru Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) masih tidak mengambil vaksin Covid-19.

Iklan

Beliau bagaimanapun tidak dapat memastikan jumlah tepat golongan tersebut yang masih belum menerima suntikan vaksin berkenaan.

"Setakat ini, kita masih belum mendapat angka secara spesifik kerana sebelum ini ada, tapi tak ramai. Tak ramai, sedikit sangat (kurang daripada 10 peratus)," katanya.