PEMAIN nombor lima dunia, Rafael Nadal mempamerkan persembahan luar biasa untuk menempah slot separuh akhir tenis Terbuka Australia apabila meraih kemenangan ke atas pemain nombor 14 dunia, Denis Shapovalov dalam aksi empat jam lapan minit di Arena Rod Laver, Melbourne Park.
Nadal yang tampil pilihan keenam dari Sepanyol melakar kemenangan 6-3, 6-4, 4-6, 3-6, 6-3 terhadap pemain Kanada berusia 22 tahun tersebut di saingan suku akhir sekali gus mengetepikan masalah kesihatan.