JUARA Terbuka Amerika Syarikat, Daniil Medvedev, 25, akan membuat perhitungan dengan bintang muda Kanada, Felix Auger-Aliassime, 21, di pentas separuh akhir Terbuka Australia di Rod Laver Arena, dalam pemburuan Grand Slam keduanya.
Medvedev, yang merupakan naib juara apabila tunduk kepada pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic di Melbourne tahun lalu, sebelum ini pernah menewaskan Auger-Aliassime di separuh akhir Terbuka AS tahun lalu dan Piala ATP bulan ini.