Pemuda menyamar pemain bola sepak duduki peperiksaan

Iklan
Seorang pemuda ditangkap kerana mengambil peperiksaan untuk Mostafa (gambar kecil).
KAHERAH - Seorang pemuda Mesir ditangkap pihak berkuasa kerana mengambil peperiksaan universiti untuk pemain bola sepak profesional negara itu, Mostafa Mohamed, lapor agensi berita AFP pada Selasa.

Dia ditangkap selepas seorang pegawai kampus menyedari bahawa Mostafa bukanlah orang yang menduduki peperiksaan.

Mostafa, 24 yang merupakan penyerang kelab bola sepak Galatasaray di Turki kini berada di Cameroon, Afrika Selatan kerana negaranya bertanding dalam Piala Negara-Negara Afrika.

Iklan
Iklan

Media negara itu memetik kenyataan pemuda tersebut yang identitinya belum didedahkan dengan menyatakan bahawa dia hanya menolong rakan dan sudah mengambil tiga kali peperiksaan.

Seorang pengguna Twitter menganggap perbuatan itu sebagai jenayah paling bodoh dan berkata bahawa sesiapa yang mengikuti perkembangan bola sepak di seluruh benua tahu bahawa Mostafa berada di Cameroon.

Iklan
Iklan

Setakat ini tidak jelas apakah pemain bola sepak itu meminta lelaki lain untuk menggantikannya atau apa hukumannya ke atas pemuda berkenaan. - Agensi