Tiada hasrat tempatkan tentera AS atau NATO di Ukraine: Biden

Iklan
Joe Biden - Foto AFP

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengulangi pendiriannya pada Selasa bahawa pentadbirannya tidak berhasrat untuk hantar tentera AS atau Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ke Ukraine.

Sebaliknya, Rusia akan menerima padah menerusi tindakan daripada segi ekonomi jika bertindak menyerang bekas negara republik Soviet itu, menurut laporan Agensi Berita Xinhua.

Iklan
Iklan

Kenyataan Biden dibuat sehari selepas Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin mengumumkan kira-kira 8,500 tentera AS berada dalam keadaan siapsiaga untuk ditempatkan di Eropah, memandangkan"provokasi berterusan Rusia di sepanjang sempadannya dengan Ukraine."

Biden memberitahu wartawan bahawa kesiapsiagaan itu adalah di bawah"operasi NATO" dan bukan operasi AS, dan ia adalah manifestasi komitmen Washington terhadap kewajipan pertahanan kolektif Artikel VI NATO.

Iklan

Biden berkata jika Putin"terus mengukuhkan" kedudukan tentera Rusia di sepanjang sempadan Ukraine atau jika"menggerakkan" tentera ke Ukraine, Amerika Syarikat akan"mengukuhkan" kehadiran tenteranya.

Ditanya sama ada beliau sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap presiden Rusia Vladimir Putin itu jika mengarahkan pencerobohan di Ukraine, Biden berkata:"Ya, beliau akan menerima akibatnya."

Iklan

Sebelum ini, setiausaha akhbar Rumah Putih Jen Psaki berkata pencerobohan Rusia ke atas Ukraine"pasti akan berlaku".

"Tetapi sekali lagi, kami tidak boleh membuat ramalan tentang keputusan Presiden Putin. Kami masih terlibat dalam perbincangan dan rundingan diplomatik," katanya semasa sesi taklimat media di Rumah Putih. - Bernama