Melaka bakal wujud pasar Subuh di masjid

Iklan
Ghazale (tengah) dan Hairudin (kiri) melihat sayur-sayuran ketika program Jualan Pasar Tani Khas sempena Tahun Baharu Cina 2022 di Pasar Tani Rim Jasin di sini, pada Rabu.

JASIN - Melaka akan menjadi perintis untuk mewujudkan pasar subuh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di 50 masjid pada pertengahan Februari depan.

Ahli Lembaga Pengarah FAMA, Datuk Ghazale Muhammad berkata, cadangan diberikan kerajaan negeri itu akan dapat mentrasformasikan peranan masjid bukan sahaja tempat beribadat namun tempat berniaga.

Iklan
Iklan

Menurutnya, langkah itu juga dapat mengimarahkan masjid sebagai platform kepada petani dan pekebun menjual serta mempromosikan hasil pertanian mereka.

"Cadangan kerajaan negeri itu kita terima pada Disember lalu dan jika dilaksanakan di masjid mungkin jemaah dapat membeli selepas solat Subuh, sekali gus dapat menarik jemaah untuk menunaikan solat di masjid.

Iklan

"Mungkin kita boleh mulakan jam 6.30 pagi dan apa yang kita buat ini bagimmembantu petani memasarkan hasil pertanian dan menambahkan pendapatan mereka," katanya.

Ghazale berkata demikian ketika program Jualan Pasar Tani Khas sempena Tahun Baharu Cina 2022 di Pasar Tani Rim Jasin di sini, pada Rabu.

Iklan

Hadir sama, Pengarah FAMA Melaka, Hairudin Yunos.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pelaksanaannya masih dalam perbincangan dengan agensi berkaitan, termasuk Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan persatuan peniaga-peniaga kecil negeri Melaka.

"Jadi orang ramai bukan sahaja boleh membeli barangan basah, runcit sebagainya, tetapi ada juga peniaga-peniaga kecil yang menjual sarapan dan makanan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ghazale memberitahu, FAMA turut menyasarkan 50 lokasi Melaka Agro Market (MAM) diwujudkan pada tahun ini bagi membantu petani mempromosikan hasil pertanian mereka, sekali gus menggelakkan lambakan hasil tanaman serta kerugian.

"Setakat ini terdapat 11 lokasi MAM antaranya di Seri Negeri Ayer Keroh, Sungai Rambai, Kampung Tun Razak Bukit Katil, Paya Dalam dan pada Sabtu ini akan diwujudkan MAM di Bukit Beruang," katanya.