Kucing mati dibelit ular sawa

Iklan
Anggota APM sedang mengeluarkan ular sawa dalam sangkar kucing di Kampung Ulu Seraja Parit Melana, Durian Tunggal pada pagi Rabu.

ALOR GAJAH - Seorang pencinta kucing sedih melihat empat ekor kucing peliharaannya mati lemas dibelit seekor ular sawa di Kampung Ulu Seraja Parit Melana, Durian Tunggal, di sini pada pagi Rabu.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, ular sawa seberat kira-kira 20 kilogram berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Alor Gajah.

Iklan
Iklan

Suri rumah, Rozita Abu Bakar, 54, berkata, sejak jam 3 pagi dia mendengar kucingnya mengiau, namun menganggap haiwan peliharaannya itu bergaduh.

Menurutnya, selepas solat subuh masih terdengar bunyi bising dan kucing mengiau dengan kuat sebelum meminta anaknya Nor Shuhaida Aqila, 21, melihat apa yang berlaku.

Iklan

"Bila anak keluar, dia nampak ular sawa dalam salah sebuah sangkar kucing yang terletak di belakang rumah. Kami segera hubungi talian kecemasan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Rozita berkata, kejadian sebegini bukan kali pertama berlaku di mana beberapa tahun lalu seekor kambing ternakannya juga pernah ditelan ular sawa.

Iklan

Sementara itu, Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian dengan empat anggota selepas menerima panggilan kecemasan.

"Empat anggota APM diketuai Sarjan Mohamad Faizal Ahmad tiba di lokasi pada jam 7.25 pagi dan mengambil masa kira-kira lima minit untuk menangkap ular sawa berkenaan," katanya.