SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik menjelaskan tidak mengetahui mengenai khabar angin mengatakan beliau akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Maszlee berkata, beliau tidak terlibat dalam sebarang perbincangan di peringkat atasan parti.
Iklan
Iklan
"Seperti yang telah saya ciapkan di laman Twitter, saya tidak ada info apa-apa berkaitan perkara ini (PRN Johor dan DUN Layang-Layang). Saya hanya ahli biasa parti dan tidak terlibat dalam perbincangan di peringkat atasan.
"Jadi kalau tanya, saya tidak ada info tetapi saya berpegang kepada prinsip apa pun keputusan pimpinan atau keputusan daripada parti, saya ikut," katanya dalam satu program wawancara yang dihoskan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar dan disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.
Bekas Menteri Pendidikan itu sebelum ini dikaitkan untuk bertanding di DUN Layang-layang pada PRN Johor selain akan diangkat sebagai Menteri Besar Johor seandainya Pakatan Harapan memenangi PRN kali ini.